Posts

Minggu 14- Pembersihan Stor dan Seluruh Ladang

Image
Ini merupakan minggu terakhir kami berada diladang untuk semester satu. Pada minggu ini kami perlu membersihkan stor dan seluruh kawasan ladang. Kami gabungkkan dua seksyen 03&04 pada kelas pagi. Kerjasama amat penting bagi kerja-kerja pembersihan ini.                           SEKIAN TRIMA KASIH. TAMAT SUDAH KELAS UNTUK SEM 1. 

Mingg 13- Pembersihan batas

Image
Pada minggu ini kami diarahkan untuk membersihkan batas masing-masing. Kami perlu mencabut semua kayu dan batu bata yang digunakan untuk membuat batas. Setelah mencabut kayu, kami perlu membersihkanya untuk menghilangkan kotoran pada kayu, manakala batu bata disusun ditempat yang disediakan. Setelah bersihkan kami perlu keringkan kayu dan simpan pada stor kayu.                                                                                                

Minggu 12- Amali proses fotosintesis

Image
Sebelum kami memulakan amali ini kami diarahkan untuk membawa daun hijua sehelai seorang unutk tujuan proses fotosintesis SELANJUTNYA MERUPAKAN AMALI YANG KAMI LAKSANAKAN PENGENALAN Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. 6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O Klorofil digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria; klorofil dijumpai dalam membran tylakoid. Elektron-elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan elektron, yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis. Dalam fotofosforilasi cyclic, elektron-elektron balik ke klorofil. Dalam non-cyclic fotofosforilasi, elektron-elektron digunakan untuk menurunkan NADP, dan elektron-elektron balik kepada klorofil daripada H2O atau H2S. Apabila H2O dioksidakan oleh tumbuh-tumbuhan hija

Minggu 11- kelas teori

Pada minngu ini kami tidak menjalankan sebarang kelas amali dan digantikan dengan kelas teori dan juga kami diberi tips dan panduan untuk menjawab final exam

Proses Translokasi

https://www.youtube.com/watch?v=yK9UlWm2juA&t=1s

Minggu 10- Kaedah pembiakan tut udara

Image
Assalamualaikum, ini minggu ke-10 merupakan mingu selepas daripada minggu midsem. Kami ingin sambungkan cerita ataupun laporan berkaitan dengan aktiviti kami di ladang. Pada minggu ini kami ditugaskan untuk membuat kaedah pembiakan secara tut. Kaedah tut ini terbahagi kepada dua iaitu kaedah tut udara dan kaedah tut mudah atau lentur. Kaedah tut merupakan sebahagian daripada kaedah pembiakan secara tampan. Disini kami akan ceritakan sedikit berkaitan dengan kedua-dua kaedah ini. Kaedah tut udara udara merupakan pembiakan menggunakan ranting pokok yang masih terlekat pada dahan pokok induk iaitu bahagian yang mendapat makanan dan air daripada pokok induk. Manakala proses untuk membuat tut mudah atau tut lentur sama sahaja seperti tut udara. walaubagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan iaitu tut udara dibuat di udara manakala tut mudah atau lentur dibuat di atas tanah. Kami hanya  melakukan kaedah tut udara sahaja. Oleh itu, kami akan menceritakan kaedah-kaedah untuk melakukan tut u