Minggu 10- Kaedah pembiakan tut udara

Assalamualaikum, ini minggu ke-10 merupakan mingu selepas daripada minggu midsem. Kami ingin sambungkan cerita ataupun laporan berkaitan dengan aktiviti kami di ladang. Pada minggu ini kami ditugaskan untuk membuat kaedah pembiakan secara tut. Kaedah tut ini terbahagi kepada dua iaitu kaedah tut udara dan kaedah tut mudah atau lentur. Kaedah tut merupakan sebahagian daripada kaedah pembiakan secara tampan. Disini kami akan ceritakan sedikit berkaitan dengan kedua-dua kaedah ini.

Kaedah tut udara udara merupakan pembiakan menggunakan ranting pokok yang masih terlekat pada dahan pokok induk iaitu bahagian yang mendapat makanan dan air daripada pokok induk. Manakala proses untuk membuat tut mudah atau tut lentur sama sahaja seperti tut udara. walaubagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan iaitu tut udara dibuat di udara manakala tut mudah atau lentur dibuat di atas tanah.

Kami hanya  melakukan kaedah tut udara sahaja. Oleh itu, kami akan menceritakan kaedah-kaedah untuk melakukan tut udara secara lanjut.  Bagi membuat tut kami memerlukan pokok yang sihat bagi mendapatkan hasil yang baik. Dahan pokok yang sesuai adalah yang berdiameter lebih kurang 1cm. Hanya pokok yang mempunyai batang keras sahaja boleh dibuat kaedah tut. Tujuanya adalah untuk mendapatkan hasil secara cepat.

Pertama sekali kami akan cerita berkaitan dengan bahan dan alatan yang diperlukan:
1.Pisau
2.Tali rafia
3.Penggalak akar
4.Plastik
5.Medium tut (tanah campuran/jiffy)
6.Pokok

Pertama sekali kami perlu membuat penyediaan bahan iaitu tanah campurun(pigmoist) dan rendam jiffy selama dua jam.





















Pigmoist                                                                                                             Membuat kepalan
                                                                                                                                   pigmoist

                                                              Jiffy

Seterusnya kami perlu naik ke dusun  UTM. Disini kami perlu mencari dahan yang bersesuaian untuk membuat tut udara. Dahan yang dipilih perlu bersesuain. Kami perlu kupas kulit pada dahan yang dipilih lebih kurang panjang 2-2.5cm.




















Buat gelang                                                                                   Kupas kulit

Kami perlu menggunakan kedua-dua medium iaitu campuran tanah (pigmoist) dan menggunakan jiffy. Bagi penggunaan pigmoist kami perlu sapukan penggalak akar pada pergelangan dahan pokok yang di kupas kulit. Sebelum menggunakan jiffy kami perlu belahnya terlebih dahulu. seterusya kami perlu letakkan bahan ini pada bahagian yang dikupat dan dibalut menggunakan plastik serta diikat menggunakan tali rafia.



   





 
                                        Menggunakan pigmoist







Menggunakan jiffy

Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 5 (PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

MINGGU 4 PEMBIAKAN TANAMAN MELALUI KERATAN BATANG