MINGGU 5 (PERCAMBAHAN BIJI BENIH)


Pada 10 oktober 2018, 3 amali telah dijalankan di makmal iaitu amali yang pertama yang dilakukan ialah keperluan percambahan. Amali kedua ialah Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih dan amali ketiga pula ialah percambahan epigeal dan hipogeal.  Amali dijalankan mengikut kumpulan setiap blog batas bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja amali. Setelah melakukan 3 amali ini maka kami dapat membuat kesimpulan bahawa biji benih amat memerlukan udara, air, cahaya dan suhu yang sesuai agar mendapat nutrient yang mencukupi. Selain itu, kami juga dapat membandingkan antara tumbuhan epigeal dan hipogeal. 

Tajuk eksperimen 1 : Keperluan percambahan.
Bahan dan alatan :  piring petri atau bekas plastic, kapas, biji benih dan air didih yang telah disejukkan. 
Kaedah :    

1.      Sediakan set radas dan labelkannya iaitu A1, B1, C1, D1, A2, B2, C2 dan D2.
2.      Meletakkan kapas pada piring petri.
3.      Masukkan 10 biji benih pada setiap radas.
4.      Siram semua radas kecuali radas B2. 
5.      Perhatikan percambahan biji benih selama 5 hari. 
6.      Keputusan dicatat selepas 5 hari. 

 Set pertama
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Diletak di atas meja tanpa dilembapkan
Air
B1
Dilembabkan dengan air seperti biasa
Oksigen
C1
Dilembabkan di dalam air yang telah didihkan dan dibiarkan sejuk. Diletakkan di atas meja.
Suhu
D1
Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembabkan.


 
Set kedua
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Disimpan di dalam laci selepas dilembabkan.
Air
B1
Dibiarkan kering selepas dilembabkan.
Oksigen
C1
Dilembabkan seperti biasa dan diletakkan di atas meja.
Suhu
D1
Diletakkan di atas meja pada suhu bilik selepas dilembabkan.

Keputusan selepas 5 hari :
Bilangan biji benih yang bercambah
Set 1
Set 2
A1
7
A2
7
B1
5
B2
0
C1
7
C2
5
D1
0
D2
8

Soalan :
1.      Mengapakah air dalam radas C1 didihkan ?
Air dalam radas C1 didihkan untuk mengelakkan ketidakhadiran bakteria.

2.      Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah ? 
Faktor menyebabkan biji benih tidak bercambah ialah adalah disebabkan suhu yang tidak sesuai iaitu disimpan di tempat yang sejuk seperti di peti ais dan biji benih tidak disiram kerana setiap tumbuhan memerlukan air. 

3.      Apakah kesimpulan yang anda boleh anda buat mengenai uji kaji ini?
Kesimpulannya, setiap tumbuhan memerlukan suhu yang sesuai, air dan cahaya yang mencukupi serta dapat menghasilkan oksigen. Tujuannya, biji benih akan bercambah dan tumbuh dengan baik. 

4.      Kirakan peratus percambahan biji benih dalam bekas C2. 
Formula :   Biji benih yang bercambah / jumlah biji benih yang disemai × 100%
 Jawapan :  5/10 × 100%  = 50%

Tajuk eksperimen 2 : Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.
Bahan dan aatan : 5 unit tabung uji dan rak, biji benih, kapas, minyak masak dan air didih yang telah disejukkan.
Kaedah :   

1.      Lima tabung uji yang berlabel A,B,C, D dan E dengan kandungan disediakan.
               2.      Tabung uji A,B,C dan E diletakkan dalam makmal manakala tabung uji D diletakkan di dalam peti sejuk. 
3.      Biji benih diperhatikan selama 7 hari.
4.      Permehatian direkodkan.
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Air, udara dan suhu
A
Kapas basah dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja.
Air
B
Kapas kering dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja.
Udara
C
Kapas basah (gunakan air yang telah didihkan), 3 biji benih dan lapisan minyak. Diletakkan di atas meja.
Suhu
D
Kapas basah dan 3 biji benih. Disimpan di dalam peti sejuk.
Cahaya
E
Kapas basah dan 3 biji benih. Simpan di tempat gelap.
  
Keputusan : 
Tabung uji
Kehadiran
Pemerhatian percambahan biji benih  (bercambah/ tidak bercambah)
Air
Cahaya
Udara
Suhu yang sesuai
A
/
/
/
/
Bercambah
B

/
/
/
Tidak bercambah
C




Tidak bercambah
D
/



Tidak bercambah
E
/

/
/
Bercambah

Analisis :
1.      Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah
a)      Tabung uji B : Tiada air
b)     Tabung uji C : Tiada air, cahaya, udara dan suhu yang sesuai
c)      Tabung uji D : Tiada cahaya, udara dan suhu yang sesuai
d)     Tabung uji E : Tiada cahaya
2.      Apakah pemboleh ubah :
Dimanipulasikan : Keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih
Dimalarkan : Jenis biji benih
Bergerak balas : Percambahan biji benih. 

3.      Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih ?
Keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih ialah suhu yang sesuai, air dan cahaya yang mencukupi. 

4.      Tabung uji yang manakah yang bertindak sebagai kawalan ?
Tabung Uji A yang bertindak sebagai kawalan. 

5.      Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C ?
Minyak digunakan dalam tabung uji C adalah untuk menguji biji benih boleh hidup atau tidak tanpa udara dan dapat atau tidak biji benih itu menerima cahaya.

6.      Apakah yang tidak ditemui dalam air masak (telah dipilih ) ?
Bakteia tidak ditemui dalam air masak. 

7.      Apakah yang berlaku pada tabung uji E. Terangkan jawapan anda.
Tabung uji E biji benihnya bercambah kerana mendapat air yang mencukupi dan diletakkan pada suhu yang sesuai tetapi tabung uji E ini cuma tidak mendapat cahaya kerana diletakkan di tempat yang gelap.

8.      Kesimpulan eksperimen ini.
Kesimpulan eksperimen ini ialah menejelaskan bahawa air, cahaya dan suhu amatlah penting dalam proses tumbuhan agar mendapat nutrient yang mencukupi. 

Tajuk eksperimen 3 : Peracambahan Epigeal dan Hipogeal
Radas dan bahan : Bikar 80 ml, bekas plastic, biji benih kacang dan jagung, peat moss. 
Kaedah :   
  1.     60 ml peat moss dimasukkan ke dalam 2 bikar. Bikar A ditanda untuk biji benih kacang manakala Bikar B ditanda untuk biji benih jagung. 
  2.    Meletakkan 2 biji benih kacang pada Bikar A dan 2 biji benih jagung pada Bikar B dan direnjiskan dengan air pada setiap hari.
  3.       Percambahan biji benih diperhatikan dan mengambil bacaan setiap hari. 
  4.       Gambar percambahan biji  benih selepas 5 hari dilukiskan. 

Keputusan :
Hari
Kacang tanah
Jagung
Panjang radikal (akar) (mm)
Panjang plumul (pucuk) (mm)
Panjang radikal (akar) (mm)
Panjang plumul (pucuk) (mm)
1
0.15
0.42
0
0
2
0.30
0.82
0
0
3
0.45
1.24
0
0
4
0.60
1.66
0
0
5
0.75
2.08
0
0
6
0.90
2.50
0
0


 Analisis : 
1.      Lukiskan pemerhatian anda untuk kedua – dua jenis tumbuhan.


  


2.      Nyatakan perbezaan diantara pertumbuhan epigeal dan hipogeal.
EPIGEAL
HIPOGEAL
Kotiledon akan keluar dari tanah bersama-sama plumul.
Kotiledon akan kekal di bawah tanah. Hanya plumul sahaja yang keluar dari tanah.
Radikel yang muncul pertama kali membentuk hipokotil.
Radikel muncul dan membentuk perakaran.
Contoh: Tumbuhan dikotiledon seperti kacang panjang dan pokok bunga matahari
Contoh: Tumbuhan monokotiledon seperti rumput dan pokok jagung.

3.      Lukikan struktur biji benih dan labelkan.





 
4.      Apakah yang dimaksudkan embrio.  
Pada tumbuhan, embrio hanya dipakai untuk tumbuhan kecil yang terbentuk dalam biji yang berada dalam keadaan tertentu yang mana hanya menunggu masa untuk bercambah. Ia juga disebut sebagai embrio benih, yang merupakan bahagian dari benih atau kuncup yang mengandung bentuk paling awal dari akar, batang, dan daun tanaman. Embrio berkembang setelah bunga tanaman dewasa yang dibuahi, dan umumnya terkandung dalam biji atau kuncup.


Comments

Popular posts from this blog

Minggu 10- Kaedah pembiakan tut udara

MINGGU 4 PEMBIAKAN TANAMAN MELALUI KERATAN BATANG