MINGGU 4 PEMBIAKAN TANAMAN MELALUI KERATAN BATANG



Sebelum melakukan pembiakan melalui batang kami diberi taklimat oleh puan Salina terlebih dahulu mengenai cara-cara pembiakan secara keratan batang dilakukan. Pembiakan melalui keratan batang adalah pembiakan secara aseks. Cara ini dilakukan terutama kepada pokok yang tidak memiliki biji, tetapi boleh juga dilakukan kepada pokok yang mempunyai biji benih. 

Perkara pertama yang perlu kami tahu adalah mengenal pasti jenis-jenis batang iaitu batang lembut, batang sederhana keras, dan jenis batang keras. Pembiakan jenis ini boleh dilakukan juga melalui keratan daun dan keratan akar. Proses ini dilakukan bagi tujuan menambahkan bilangan pokok, untuk tujuan hiasan dan jualan. 


PENYEDIAAN TANAH


PENGAULAN TANAH

Bagi melakukan proses pembiakan melalui keratan batang kita memerlukan meduim untuk tujuan semaian. Medium yang diperlukan adalah adalah tanah, bahan organik dan pasir dan medium ini di campurkan mengikut nisbahnya masing-masing iaitu 3:2:1 atau 7:3:2 atau 2:1:1. Medium ini digaul sehinga sebati. Seterusnya medium ini dimasukkan kedalam polibag secukupnya.

PEMBIAK AKAR
PROSES SEMAIAN
Seterusnya keratan batang yang telah dipotong dicelup kedalam pembiak akar. Perkara ini dilakukukan bertujuan untuk percepatkan proses pertumbuhan akar berlaku. Pembiak akar mempunyai tige jenis mengikut nombor iaitu no.1 digunakan untuk batang lembut, no.2 sederhana keras dan no.3 keras. Setiap keratan batang dicelup kedalam pembikan akar dan tanamkan keratan batang tersebut kedalam poli bag. Setelah keratan batang diatanam, ia perlu disiramkan air dan diletakan dirumah hijau 



Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 5 (PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

Minggu 10- Kaedah pembiakan tut udara