Minggu 12- Amali proses fotosintesis
Sebelum kami memulakan amali ini kami diarahkan untuk membawa daun hijua sehelai seorang unutk tujuan proses fotosintesis
SELANJUTNYA MERUPAKAN AMALI YANG KAMI LAKSANAKAN
PENGENALAN
Fotosintesis
merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga
biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini
dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.
6CO2
+ 12H2O + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O
Klorofil
digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria; klorofil dijumpai
dalam membran tylakoid. Elektron-elektron daripada klorofil menembusi rantaian
pengangkutan elektron, yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis. Dalam
fotofosforilasi cyclic, elektron-elektron balik ke klorofil.
Dalam
non-cyclic fotofosforilasi, elektron-elektron digunakan untuk menurunkan NADP,
dan elektron-elektron balik kepada klorofil daripada H2O atau H2S. Apabila H2O
dioksidakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria, O2 dihasilkan.
Oksigen
akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan
untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula
(glukosa), hasil akhir fotosintesis.
Proses
fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung
hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan maun yang akan
menjadi makanan kepada haiwan maserba atau haiwan maging yang lain.Pengecualian
hanyalah kepada masyarakat hidupan di laut dalam berhampiran pinggir plat
tektonik yang berasaskan galian yang terpancar keluar daripada perut bumi.
AMALI FOTOSINTESIS
Tujuan:
Untuk menguji kehadiran kanji dalam tumbuhan/ dedaun hijau
Radas dan bahan:
daun pokok wrna hijau, piring petri, alcohol, penitis, iodin, bikar 50ml, air
mendididh, bekas air mendidih, dan hot plate.
Kaedah:
1. Dedaun
dipetik daripada tumbuhan yang disinari cahaya matahari selama beberapa jam.
2 Daun
diletakkan di dalam bikar yang dipenuhi dengan air didih selama 1 minit untuk
membunuh kuman dan melembutkan daun.
3. Sedikit
alkohol dituangkan ke dalam bikar 50ml. Bekas bikar alkohol dibiarkan terendam
dalam air panas. Kemudian rendamkan daun tersebut selama 5 minit dan diperiksa
sama ada daun tersebut telah dinyahwarnakan. Alkohol melarutkan klorofil tetapi
tidak melarutkan kanji.
4. Daun
tersebut dicelup ke dalam air panas selama 30saat untuk melembutkan semula.
5. Daun
tersebut diletakkan pada piring petri dan dititiskan beberapa titik larutan
iodin.
Di
bawah menunjukkan foto semasa amali dilaksanakan:
Foto1 : mendidihkan daun selama seminit
Foto2: Daun dimasukkan kedalam bikar yang berisi alkohol sebanyak 3cm
Foto 3: Daun didihkan selamat 5 minit
Foto1 : mendidihkan daun selama seminit
Foto2: Daun dimasukkan kedalam bikar yang berisi alkohol sebanyak 3cm
Foto 4: Daun setelah didihkan bersama alkohol
Foto 5: Daun dikeluarkan daripada tabung uji dan didihkan selama 30saat untuk hilangkan alkohol
Foto 6: Daun diletakkan pada piring petri dan dititiskan beberapa titis iodin
Foto 7: Keadaan warna dau berubah menjadi hitam selepas dititis iodin
Pemerhatian direkodkan:
a)
Warna
asal iodin: kuning keperangan
b)
Warna
daun sebelum ujikaji: hijau
c)
Warna
daun setelah setelah diletakkan iodin: daun menjadi
warna hitam dan terdapat tompok-tompokan biru tua kelihatan di permukaan daun.
Hal ini menyebabkan, kehadiran kanji pada daun.
Analisis:
1)
Mengapakah
larutan alcohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api?
Kerana
alkohol merupakan salah satu bahan mudah terbakar. Oleh itu, alkohol tidak
boleh dipanaskan terus pada api kerana ianya mudah terbakar.
2)
Apakah
kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan?
Kepentingan
proses fotosintesis ialah memberikan makanan kepada tumbuhan serta membantu
tumbesarab pokok tersebut.
3)
Apakah
tujuan
-Merebus daun: untuk
melembutkan daun dan membunuh sel
-Mendidihkan daun kedalam alcohol: untuk
mengeluarkan klorofil
4)
Nyatakan
fakor-faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis?
-
Keamatan cahaya.
-
Klorofil
-
Karbon dioksida
-
Air
5)
Tuliskan
persamaan fotosintesis?
6)
Apakah
klorofil? Apakah kegunaan klorofil kepada tumbuhan?
Klorofil
ialah sel yang berwarna hijau pada tumbuhan. Kegunaan korofil ialah untuk
menyerap cahaya matahari dan memindahkannya melalui proses fotosintesis.
7)
Terangkan
nilai tumbuhan kepada manusia?
Tumbuhan
seperti pokok mengeluarkan oksigen untuk sistem pernafasan manusia. Selain itu,
tumbuhan juga merupakan sumber makanan kepada manusia
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
pada amali fotosintesis ini perkara yang dapat saya simpulkan adalah
tumbuhan-tumbuhan membuat makanan melalui proses fotosintesis yang dipengaruhi oleh
keamatan cahaya, klorofil, air dan karbon dioksida. Proses fotosintesis adalah
proses yang sangat penting untuk tumbesaran pokok. Eksperiman ini bertujuan
untuk menbuntikan klorofil merupakan salah satu keperluan asa dalam proses
fotosintesis. Hal ini demikian kerana, selepas eksperimen tompokan biru tua hanya kelihatan pada
bahagian daun yang berwarna hijau yang menunjukan kehadiran kanji pada helaian
daun tersebut.
Comments
Post a Comment