Posts

Showing posts from October, 2018

MINGGU 4 PEMBIAKAN TANAMAN MELALUI KERATAN BATANG

Image
Sebelum melakukan pembiakan melalui batang kami diberi taklimat oleh puan Salina terlebih dahulu mengenai cara-cara pembiakan secara keratan batang dilakukan. Pembiakan melalui keratan batang adalah pembiakan secara aseks. Cara ini dilakukan terutama kepada pokok yang tidak memiliki biji, tetapi boleh juga dilakukan kepada pokok yang mempunyai biji benih.  Perkara pertama yang perlu kami tahu adalah mengenal pasti jenis-jenis batang iaitu batang lembut, batang sederhana keras, dan jenis batang keras. Pembiakan jenis ini boleh dilakukan juga melalui keratan daun dan keratan akar. Proses ini dilakukan bagi tujuan menambahkan bilangan pokok, untuk tujuan hiasan dan jualan.  PENYEDIAAN TANAH PENGAULAN TANAH Bagi melakukan proses pembiakan melalui keratan batang kita memerlukan meduim untuk tujuan semaian. Medium yang diperlukan adalah adalah tanah, bahan organik dan pasir dan medium ini di campurkan mengikut nisbahnya masing-masing iaitu 3:2:1 atau 7:3:2 atau 2:1

MINGGU 3 ( 3 OKTOBER 2018 )

Image
KELAS AMALI TEKSTUR TANAH Sepanjang minggu ketiga ini, kami sekelas telah menjalani sebanyak 3 amali. Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan sepanjang amali ini. TAJUK: Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan. BAHAN DAN ALATAN:   Sampel tanah, balang gas, pembaris, carta segitiga tekstur tanah,   dan air LANGKAH-LANGKAH: 1.       Tanah dimasukkan ke dalam balang gas sebanyak 50g. 2.       Air diisikan ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh. 3.       Balang gas ditutup dengan penutup. Campuran tanah digoncangkan perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah. 4.       Balang gas diletakkan di atas meja selama 3jam tanpa gangguan. 5.       Setiap pisahan tanah yang mendap diukur mengikut ketinggian. 6.       Peratusan pisahan tanah dihitung. 7.       Kelas Tekstur Tanah dikelaskan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg. Rajah 2.20 : Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan Peratus pisahan d
Image
MINGGU 2 (19 September 2018)   PROSES PEMBAJAAN DAN MENABUR BIJIH BENIH Pada minggu ini, kami melakukan aktiviti penaburan baja. Baja yang kami gunakan adalah baja organik E.M Mas Hitam. Bahan yang terdapat dalam baja ini ialah Nitrogen, Polonium dan Kalsium.  Gambar di atas merupakan gambaran baja yang kami gunakan sepanjang proses penaburan baja di sepanjang minggu ini. Penggunaan baja disetiap batas adalah berukuran satu baldi kecil. Gambaran diatas adalah salah seorang daripada kami yang sedang menabur baja pada batas masing-masing. Selepas aktivit penaburan baja dilakukan, kami perlu menggembur baja secara perlahan. Video di atas menunjukkan kaedah yang betul untuk proses penaburan baja. Kaedah  ini diajar oleh Encik Faris. Satu batas memerlukan satu baldi kecil baja. Baja perlu ditabur dengan serata di atas setiap batas. Kemudian, baja yang ditabur itu perlu digaul supaya bercampur dengan tanah.