MINGGU 2 (19 September 2018) 

PROSES PEMBAJAAN DAN MENABUR BIJIH BENIH

Pada minggu ini, kami melakukan aktiviti penaburan baja. Baja yang kami gunakan adalah baja organik E.M Mas Hitam. Bahan yang terdapat dalam baja ini ialah Nitrogen, Polonium dan Kalsium. 

Gambar di atas merupakan gambaran baja yang kami gunakan sepanjang proses penaburan baja di sepanjang minggu ini. Penggunaan baja disetiap batas adalah berukuran satu baldi kecil.




Gambaran diatas adalah salah seorang daripada kami yang sedang menabur baja pada batas masing-masing. Selepas aktivit penaburan baja dilakukan, kami perlu menggembur baja secara perlahan.























Video di atas menunjukkan kaedah yang betul untuk proses penaburan baja. Kaedah  ini diajar oleh Encik Faris. Satu batas memerlukan satu baldi kecil baja. Baja perlu ditabur dengan serata di atas setiap batas. Kemudian, baja yang ditabur itu perlu digaul supaya bercampur dengan tanah. 










Setelah batas dibaja dengan campuran yang ditetapkan. Kami diminta menanam bijih benih yang telah diberi oleh Encik Abang. Gambar di atas merupakan jenis bijih benih yang diberi oleh Encik Abang kepada batas masing-masing.







Sebelum binih benih ditabur ke batas, kami perlu membuat nisbah 1 : 10  antara bijih benih dan pasir . Hal ini demikian kerana ingin mengekalkan nutrien bijih benih.






Gambar di atas menunjukkan proses penaburan bijih benih yang telah dinisbahkan bersama pasir.



























Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 5 (PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

Minggu 10- Kaedah pembiakan tut udara

MINGGU 4 PEMBIAKAN TANAMAN MELALUI KERATAN BATANG