MINGGU 3 ( 3 OKTOBER 2018 )
KELAS AMALI TEKSTUR TANAH
Sepanjang minggu ketiga ini, kami sekelas telah menjalani sebanyak 3 amali. Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan sepanjang amali ini.
TAJUK:
Menentukan tekstur tanah melalui cara
mendapan.
BAHAN
DAN ALATAN: Sampel tanah, balang gas, pembaris,
carta segitiga tekstur tanah, dan air
1. Tanah dimasukkan ke dalam balang gas
sebanyak 50g.
2. Air diisikan ke dalam balang gas
sehingga tiga perempat penuh.
3. Balang gas ditutup dengan penutup.
Campuran tanah digoncangkan perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
4. Balang gas diletakkan di atas meja
selama 3jam tanpa gangguan.
5. Setiap pisahan tanah yang mendap
diukur mengikut ketinggian.
6. Peratusan pisahan tanah dihitung.
7. Kelas Tekstur Tanah dikelaskan
dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.
Rajah 2.20: Menentukan tekstur tanah melalui
cara mendapan
Peratus pisahan dikira seperti berikut =
Ketinggian lapisan pisahan (cm)
--------------------------------------------------- x 100
Jumlah ketinggian semua pisahan (cm)
KEPUTUSAN:
Ketinggian keseluruhan pisahan 5.3 cm.
PISAHAN
|
KETINGGIAN (CM)
|
PERATUS (%)
|
Pasir
|
3.3
|
62.26
|
Kelodak
|
1.0
|
18.87
|
Tanah Liat
|
1.0
|
18.87
|
KESIMPULAN :
Tekstur tanah melalui cara mendapan dapat mengetahui lapisan
demi lapisan pisahan dalam tanah disetiap batas dengan lebih tepat berbanding
menggunakan kaedah medan ataupun kaedah lain.
PENILAIAN :
(a) Kaedah ini lebih tepat daripada
kaedah medan kerana dapat mengetahui
jenis-jenis tanah dengan lebih terperinci.
(b) Ralat-ralat yang mungkin wujud
adalah seperti eksperimen tidak dijalankan selama 24jam kerana masalah kekangan
masa. Selain itu, ralat yang mungkin wujud adalah balang gas tidak digoncang
dengan betul.
TAJUK:
Menentukan tekstur tanah melalui cara medan
LANGKAH-LANGKAH:
1. Sampel
tanah lebih kurang 20g diambil untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2 -
3 cm.
2. Sampel
tanah dilembabkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
3. Tanah
tersebut dibentukkan sehingga menjadi bentuk bebola, rod berbentuk-U, rod,
gelang dan gelang beretak-retak.
Rajah
: Menentukan tekstur tanah melalui cara medan.
PEMERHATIAN:
Ø Rod
tidak dapat dibentuk (tanah sangar berpasir) ( )
Ø Bebola
dapat dibentuk (pasir berloam) ( / )
Ø Rod
dapat dibentuk (tanah loam) ( / )
Ø Rod
membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gelang (loam tanah liat) ( )
Ø Gelang
yang retak-retak (tanah liat berpasir) ( )
Ø Gelang
dapat dibentuk (tanah liat) ( / )
KESIMPULAN:
Berdasarkan eksperimen,
tekstur tanah berwarna coklat gelap. Semasa eksperimen dijalankan tekstur tanah
agak melekit dan permukaan tanah tidak merekah .
PENILAIAN
:
(a) Kaedah
secara medan boleh digunakan tetapi kurang tepat kerana peratusan jenis tanah
tidak dapat diukur.
(b) Kaedah
ini digunakan untuk mengetahui keupayaan tanah terhadap tumbuhan sama ada
merekah atau tidak merekah, dapat dibentuk mahupun tidak dapat dibentuk, dan
permukaan tanah berbeza semasa eksperimen.
TAJUK
: MEMBANDINGKAN KADAR PENGALIRAN AIR MENERUSI BATAS.
BAHAN
DAN ALATAN
Sampel tanah, gentian
kaca, kertas turas, bikar, kapas dan kelalang kon.
LANGKAH-LANGKAH
1.
Sampel tanah dikeringkan selama 2 higga
3 hari dengan meletakkan sampel di atas kertas bersih si satu sudut makmal.
2.
Radas dipasang seperti yang ditunjukkan
dalam rajah.
Langkah Keselamatan: Awas,
jangan ambil gentian kaca dengan jari!
3.
Sampel 50ml air suling disukat dengan
menggunakan silinder penyukat dan mengisi air ke dalam bikar 100ml.
5.
Keputusan dicatat dan pemerhatian anda
dalam jadual yang berikut:
SAMPEL
TANAH
|
ISI
PADU AIR SELEPAS 1 MINIT(ml)
|
PEMERHATIAN
|
|
DIGITAL
|
MANUAL
|
||
Batas 1
|
43
|
6.94
|
6.15
|
Batas 2
|
41
|
6.69
|
6.2
|
Batas 3
|
41
|
6.41
|
6.48
|
Batas 4
|
44
|
6.49
|
6.64
|
Batas 5
|
28
|
6.26
|
6.21
|
Batas 6
|
42
|
6.02
|
6.11
|
Batas 7
|
43
|
6.42
|
5.40
|
Batas 8
|
44
|
7.04
|
6.20
|
Batas 9
|
39
|
5.65
|
6.00
|
Batas 10
|
42
|
5.95
|
5.90
|
Batas 11
|
50
|
6.14
|
6.60
|
Batas 12
|
48
|
6.75
|
6.60
|
Batas 13
|
31
|
6.49
|
6.30
|
Batas 14
|
41
|
8.51
|
5.94
|
Batas 15
|
38
|
6.16
|
6.23
|
KESIMPULAN
Batas yang mempunyai
kandungan pasir mengalirkan air dengan cepat manakala menerusi tanah liat
mengalirkan air yang lambat.
PENILAIAN
a)
Kertas turas tidak sesuai digunakan
sebagai bahan penahan kimun tanah di dalam corong turas kerana liangnya yang
terlalu halus dan akan menyekat aliran air dari sampel tanah
b)
Sampel tanah yang membenarkan air
mengalir paling banyak ialah batas 11.
c)
Sampel tanah yang membenarkan air
mengalir paling lambat ialah batas 5.
d)
Sampel tanah yang mempunyai saliran yang
paling baik ialah batas 11.
e)
Sampel tanah yang baik untuk tanaman
ialah batas 11 kerana mempunyai serapan tanah yang baik.
Comments
Post a Comment