Assalamualaikum Hiiii 👋. Kami merupakan pelajar daripada program Sarjanamuda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang terdiri daripada tiga batas seramai 6 orang wakil iaitu Mohammad Shadiq Bin Kamisan, Mohamad Ridhuan Bin Abd Manan, Mohammad Nur Hakimi Bin Rifin, Amirah Nasuha Binti Suhaimi, Sitty Nazatul Shima Binti Abdullah dan Syahidatul Athirah Binti Alyas.
KESELAMATAN KAWASAN LAPANGAN
i) Pastikan peralatan atau mesin berada pada tahap keselamatan yang tinggi
a) Penyelenggaraan mesin dan peralatan elektrik mengikut jadual. (Scheduling maintenance)
b) Jangan menggunakan peralatan elektrik tangan yang tidak selamat. Untuk mesin-mesin pertanian seperti mesin membajak yang telah rosak dan perlu diperbaiki, tanda amaran perlu digantung pada mesin-mesin tersebut untuk mengelakkan dari diguna oleh pengguna lain.
c) Penyelenggaraaan perlu dibuat oleh mereka yang mahir dan bertauliah sahaja. Kadang kala, kemalangan industri boleh berlaku berikutan daripada mereka yang tidak berkelayakan tetapi cuba memperbaiki peralatan yang rosak.
d) Sebelum menggunakan samada peralatan elektrik atau mesin-mesin pertanian seperti jentera membajak atau menuai, cuba memeriksa semula keadaaan mesin tersebut sebelum mengoperasikan mesin. Bantuan “check-list” dapat memudahkan pemeriksaan utama terhadap aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan pada mesin.
ii) Pastikan PPE diguna dan dibekalkan kepada pekerja.
a) Penggunaan PPE mestilah bersesuaian dengan kerja yang dilakukan. Contohnya penggunaan respirator serta “face shield” yang bersesuaian dengan kerja menyembur racun rumpai.
b) PPE yang diguna mestilah selesa dipakai oleh pekerja dan dapat melindungi pemakainya dari hazad kimia tersebut.
c) Pekerja perlu diajar untuk memakai PPE dengan betul kerana PPE yang tidak dipakai dengan betul boleh merbahayakan kesihatan pekerja. Pekerja turut juga diajar cara-cara penyelenggaraan asas PPE yang betul agar peralatan lindungan diri tersebut boleh bertahan lama. PPE yang sudah rosak perlulah ditukar.
iii) Khususnya untuk peladang atau petani yang lebih kerap bekerja di kawasan pertanian yang panas terik, pengurusan jadual pekerja boleh dipraktikkan.
a) Ini boleh dilakukan dengan pengujudan jadual kerja bergilir (Rotating Work Schedule). Maka, pekerja yang kerap terdedah kepada masalah tempat kerja terik panas boleh diurus dengan lebih berkesan. (Cara ini adalah lebih sesuai untuk majikan yang mengupah tenaga pekerja ladang atau pertanian yang besar)
b) Menyediakan tempat rehat atau pondok yang sesuai untuk pekerja berehat seketika di tempat pertanian. Pihak majikan boleh turut menyediakan minuman air bersih atau pekerja boleh membawa minuman air sendiri untuk menyejukan badan semasa kerja di kawasan pertanian yang panas terik.
c) Topi perlu dipakai di kawasan kerja yang panas terik agak pekerja tidak terdedah terus kepada panas terik yang mendadak dan mangakibatkan masalah “heat stress”
iv) Di samping PPE seperti respirator dan pelindung muka yang sesuai semasa kerja penyemburan racun pertanian, pemakaian “safety boot” atau “rubber boot” yang sesuai dapat mengelak khususnya anggota kaki dari ancaman patukan ular
Kesimpulannya, tidak kira samada sektor perindustrian, pertanian ataupun sektor kerja yang lain, masing-masing mempunyai risiko atau hazad tersendiri yang perlu diambil kira dan dicegah. Pekerja dan majikan perlu sama-sama mengambil inisiatif untuk menjaga aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Comments
Post a Comment