Posts

Showing posts from November, 2018

Minggu 10- Kaedah pembiakan tut udara

Image
Assalamualaikum, ini minggu ke-10 merupakan mingu selepas daripada minggu midsem. Kami ingin sambungkan cerita ataupun laporan berkaitan dengan aktiviti kami di ladang. Pada minggu ini kami ditugaskan untuk membuat kaedah pembiakan secara tut. Kaedah tut ini terbahagi kepada dua iaitu kaedah tut udara dan kaedah tut mudah atau lentur. Kaedah tut merupakan sebahagian daripada kaedah pembiakan secara tampan. Disini kami akan ceritakan sedikit berkaitan dengan kedua-dua kaedah ini. Kaedah tut udara udara merupakan pembiakan menggunakan ranting pokok yang masih terlekat pada dahan pokok induk iaitu bahagian yang mendapat makanan dan air daripada pokok induk. Manakala proses untuk membuat tut mudah atau tut lentur sama sahaja seperti tut udara. walaubagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan iaitu tut udara dibuat di udara manakala tut mudah atau lentur dibuat di atas tanah. Kami hanya  melakukan kaedah tut udara sahaja. Oleh itu, kami akan menceritakan kaedah-kaedah untuk melakukan tut u
Proses respirasi https://youtu.be/lKcJvwYTSv0
Penyerapan dalam tumbuhan https://www.youtube.com/watch?v=rEeGbH5nMzQ&t=6s
https://youtu.be/ZQQAQznx4jU

Minggu ke 8 (tuai sayuran dan proses tanaman jagung)

Image
Tuai sayur dan jual sayuran   1. Pada mingu ini kami membuat tuaian terhadap sayuran yang kami tanam, kerana sayuran kami sudah menjangkau usia matang lebih kurang sebulan. Setelah sayuran menjangkau usia matang, maka sayuran perlu dituai bagi mengelakkan sayuran menjadi buruk. 2. Setelah penuaian dibuat kami perlu mencuci sayuran terlebih dahulu. Proses mencuci dibuat bagi minghilangkan kotoran seperti tanah yang melekat pada sayuran.   3. Setelah selesai proses mencuci kami perlu kelaskan sayuran ini mengikut kelasnya masing-masing. Apabila sayuran ini dikelaskan, maka kami perlu membuat pembungkusan sayuran. Tujuan pembungkusan dibuat adalah untuk penjualan sayuran. 4. Seterusnya kami membuat penjualan sayuran di dalam kawasan UTM terutama di fakulti pendidikan. *di tengah - tengah yang pakai tudung hijau itu ialah Dr. saya yang banyak tunjuk ajar dalam subjek ini. comelkan Dr. saya . :)  Proses tanaman jagung   (Tanaman Baru. Yeay !) :) 1. Seperti yang

Minggu ke7(Cantuman baji dan Bebawang)

Image
Kaedah cantuman baji Assalamualaikum, pada minggu ini kami menjalankan amali tetang cantuman baji. Cantuman baji juga merupakan percambahan tumbuhan menggunakan kaedah vegitatif. Pembiakan pokok jenis ini dilakukan bagi mendapatkan pelbagai variasi dalam satu spesies yang sama. Pelbagai variasi disini contohnya pada satu pokok bunga kertas terdapat belbagai jenis warna bunga. Bagi menjalankan cantuman baji kita memerlukan pucuk atau sion untuk dicantumkan pada pokok penanti. Alatan yang diperlukan untuk melakukan cantuman baji ialah plastik paraflem, pisau, tali rapial dan paltik aiskrim. Proses bagi melakukan cantuman baji ialah, kita perlu potong pucuk atau sion daripada pokok lain kemudian bawa kepada pokok penanti. Kita perlu memotong bahagian hujung atau pucuk poko penanti, kemudian belahkan sedikit bahagian hujung pokok penanti. Kemudian ptong bentuk V pada pucuk atau sion. Kemudian selitkan pucuk pada pokok penanti. Bahagian yang becantum perlu diikat dengan mengunakan p

MINGGU 5 (PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

Image
Pada 10 oktober 2018, 3 amali telah dijalankan di makmal iaitu amali yang pertama yang dilakukan ialah keperluan percambahan. Amali kedua ialah Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih dan amali ketiga pula ialah percambahan epigeal dan hipogeal.   Amali dijalankan mengikut kumpulan setiap blog batas bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja amali. Setelah melakukan 3 amali ini maka kami dapat membuat kesimpulan bahawa biji benih amat memerlukan udara, air, cahaya dan suhu yang sesuai agar mendapat nutrient yang mencukupi. Selain itu, kami juga dapat membandingkan antara tumbuhan epigeal dan hipogeal.  Tajuk eksperimen 1 : Keperluan percambahan. Bahan dan alatan :   piring petri atau bekas plastic, kapas, biji benih dan air didih yang telah disejukkan.   Kaedah :      1.       Sediakan set radas dan labelkannya iaitu A1, B1, C1, D1, A2, B2, C2 dan D2. 2.       Meletakkan kapas pada piring petri. 3.       Masukkan 10 biji benih pada setiap radas.