Minggu ke7(Cantuman baji dan Bebawang)

Kaedah cantuman baji
Assalamualaikum, pada minggu ini kami menjalankan amali tetang cantuman baji. Cantuman baji juga merupakan percambahan tumbuhan menggunakan kaedah vegitatif. Pembiakan pokok jenis ini dilakukan bagi mendapatkan pelbagai variasi dalam satu spesies yang sama. Pelbagai variasi disini contohnya pada satu pokok bunga kertas terdapat belbagai jenis warna bunga. Bagi menjalankan cantuman baji kita memerlukan pucuk atau sion untuk dicantumkan pada pokok penanti.
Alatan yang diperlukan untuk melakukan cantuman baji ialah plastik paraflem, pisau, tali rapial dan paltik aiskrim.

Proses bagi melakukan cantuman baji ialah, kita perlu potong pucuk atau sion daripada pokok lain kemudian bawa kepada pokok penanti. Kita perlu memotong bahagian hujung atau pucuk poko penanti, kemudian belahkan sedikit bahagian hujung pokok penanti. Kemudian ptong bentuk V pada pucuk atau sion. Kemudian selitkan pucuk pada pokok penanti. Bahagian yang becantum perlu diikat dengan mengunakan plastik paraflem dan serkupkan bahagian yang dibuat cantuman baji meggunakan plastik aiskrim dan ikat menggunakan tali rapial.






Tujuan utama cantuman dilakukan adalah sebagai salah satu teknik pembiakan untuk menambahkan bilangan pokok dengan ciri-ciri yang dikehendaki pada pokok asal seperti saiz buah-buahan yang besar ataupun bunga yang banyak selain untuk membolehkan pokok buahbuahan berbuah pada umur yang muda. Selain itu, cantuman membolehkan pokok-pokok yang tak boleh tumbuh dengan keratan dan susah nak berakar dengan kaedah tut dibiakkan dengan kualiti yang sama dengan induknya.




Kaedah yang kedua adalah kaedah bebawang.
Kaedah ini kami perlu menyediakan tempat untuk menanam bawang. Masukkan tanah kedalam pasu lebih kurang separuh pasu, kemudian ratakan tanah dalam pasu tersebut. Bagi menjalankan amali ini kami menggunakan bebawang daripada pokok spider lily, kerana pokok ini mudah untuk kami dapatkan disekitar UTM.

Proses bagi menanam bebawang ini adalah kami perlu membelahkan bawang spider lily kepada beberapa bahagian. Bahagian yang dibelah ini kemudain ditanam kedalam pasu. Pada bahagian yang dibelah perlu ada sedikit akar dan bahagian simpanan makanan yang mana bawang menyimpan karbohidrat.




































Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 5 (PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

Minggu 10- Kaedah pembiakan tut udara

MINGGU 4 PEMBIAKAN TANAMAN MELALUI KERATAN BATANG