minggu 6 proses membuat baja dan racun organik
Assalamualaikum w.b.t.
Pada 17 oktober 2018 iaitu pada hari rabu seawal 8.00 pagi, kelas 1 spph 1 telah pergi
ke bengkel n30 untuk membuat eksperimen tentang baja organik dan racun organik.
Pada awal kelas puan Salina memberikan kertas kepada setiap kumpulan tentang
pembuatan baja organic dan racun organic. Terdapat 4 cara untuk membuat baja
organic dan 1 cara untuk membuat racun organik. Berikut adalah cara- cara
pembuatan baja organic dan racun organic.
1.FAA
(FISH AMINO ACID)
Bagi pembuatan baja organic jenis FAA ini, kami
telah menggunakan gula merah (1kg) (dicairkan
demgan 2000ml air), isi ikan atau sisa ikan, botol plastic.
Sisa atau isi
ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.Sisa ikan yang telah
di masukkan ke dalam bekas dicampurkan bersama gula merah atau molasses pada
kadar nisbah 1:1 (80ml)Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dan bahan
dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan penutup botol. Jangan tutup
terlalu ketat. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman
perlu dikacau atau digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan
melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini. Baja ini siap dalam jangka
masa 1 minggu dan jusnya ditapis. Unsur yang terdapat dalam baja ini ialah
nitrogen.
2.
FPJ (Fermented Plant Juice)
Bagi pembuatan
baja FPJ ini kami menggunakan gula merah (1kg) (dicairkan dengan 2000ml air),
sisa sayuran berdaun hijau, botol plastic.
Sisa sayuran
dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi. Kemudian dicampurkan
bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1(100ml). Masukkan ke dalam
bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan
penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau
untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses
penapaian ini. Baja ini siap dalam jangka masa 1 minggu dan jusnya ditapis.
Unsur yang terdapat dalam baja ini ialah nitrogen.

3.
FFJ (Fermented Fruit Juice)
Bahan- bahannya untuk pembuatan baja jenis FFJ ini
ialah gula merah (1kg) (dicairkan dengan 2000ml air), pisang masak (jika boleh
dapatkan kulit pisang yang telah hitam), bekas plastic, pisang dipotong kecil
bagi mempercepatkan proses fermentasi seterusnya dicampurkan bersama gula merah
atau molases pada kadar nisbah 1:1(100ml) dan dimasukkan ke dalam bekas dan
labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan penutup. Dari
semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan
proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.Baja
ini siap dalam jangka masa 1 minggu dan jusnya ditapis. Unsur yang terdapat
dalam baja ini ialah potassium.


4.
Kulit telur (CaP)
Bahan- bahannya untuk
membuat baja ini ialah kulit telur yang telah dibasuh (dikeringkan dalam oven
selama 5 minit), cuka masak, botol plastic. Cara- cara untuk membuat baja ini
ialah kami menghancurkan kulir telur bagi mempercepatkan proses fermentasi, selepas
itu menyukat hasil kulit telur yang telah hancur dan dicampurkan bersama cuka
masak dengan nisbah 1:1 (1 sudu besar). Seterusnya masukkan ke dalam bekas dan
labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan penutup. Dari
semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk
mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses
penapaian ini. Baja ini siap dalam jangka masa 1minggu dan jusnya ditapis.
Unsur yang terdapat dalam baja ini ialah phophuros
Akhir sekali ialah kami juga telah membuat racun
organic dengan menggunakan bahan A iaitu bawang putih, cili padi, minyak masak,
sabun pencuci, botol dan penutup, air hujan (100ml ), lesung batu, bekas/
magkuk, pisau (Setelah kisar semua bahan
A, peram selama 24 jam). Bahan B pula ialah minyak masak 1 sudu makan (apa-apa jenis
minyak masak pun boleh), sabun pencuci pinggan 1 sudu teh (tidak kisah jenama
apa-apa pun), penapis, botol penyembur (1.5L)
Cara- cara untuk membuat
racun organic ini ialah kami menapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran
boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja. Kemudian pati disimpan dalam
bekas dan dimasukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama. Seterusnya, masukkan
100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur dan isi air penuh botol penyembur
(1.5 L). botol penyembur digoncangkan sehingga semua bahan sebati. Untuk
menggunakan racun ini semburkan sampai basah daun terutamanya bawah daun dengan
kadar tiga kali sehari pada pokok bermasalah.










Comments
Post a Comment